MALAYSIA
Dua ahli perniagaan ditahan berikutan kes ugutan terhadap kontraktor
Kedua-dua suspek yang berusia 35 dan 39 tahun telah direman sehari di Mahkamah Majistret Pasir Puteh. - Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Dua ahli perniagaan tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap seorang kontraktor, snin lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata kedua-dua suspek ditahan semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.
"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berkaitan urusan kerja," katanya kepada Bernama hari ini.
Zaizul berkata kedua-dua suspek, berusia 35 dan 39 tahun, kini direman sehari di Mahkamah Majistret Pasir Puteh bagi membantu siasatan lanjut.
"Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Aiman Azahan, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dua ahli perniagaan tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap seorang kontraktor di Pasir Puteh.
- Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria, menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan kejadian bermula daripada ketidakpuasan berkaitan urusan kerja.
- Kedua-dua suspek yang berusia 35 dan 39 tahun telah direman sehari di Mahkamah Majistret Pasir Puteh dan kes mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung ugutan jenayah.