awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anak lelaki Raja Thai akhiri lawatan mengejut ke Thailand

Agensi
Agensi
15/08/2023
09:32 MYT
Dua anak lelaki Raja Thai akhiri lawatan mengejut ke Thailand
Vacharaesorn dan Chakriwat merupakan dua daripada empat anak lelaki Raja dengan isteri kedua beliau, Sujarinee Vivacharawongse. - Reuters
BANGKOK: Dua anak lelaki Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, pada hari Isnin mengakhiri lawatan mengejut mereka ke Thailand.
Ini adalah lawatan pertama mereka dalam tempoh 27 tahun.
Vacharaeson Vivacharawongse, berusia 42 tahun dan merupakan anak lelaki kedua Raja Thailand, tiba di Thailand pada minggu lalu.
Ketika berada di Thailand, beliau mengadakan lawatan ke pusat penjagaan kanak-kanak serta mengambil bahagian dalam upacara keagamaan di sebuah kuil di Bangkok.
Adik lelakinya, Chakriwatn Vivacharawongse, turut bersamanya di lapangan terbang pada hari Isnin.
Lawatan mereka berlaku dalam masa yang sukar bagi keluarga diraja, dengan anak perempuan sulung raja berada dalam keadaan koma sejak Disember.
Vacharaesorn dan Chakriwat merupakan dua daripada empat anak lelaki Raja dengan isteri kedua beliau, Sujarinee Vivacharawongse, seorang bekas pelakon yang dicerai oleh ketika itu Putera Mahkota pada tahun 1996.
Selepas perceraian tersebut, Vacharaesorn, ibunya, tiga orang adik-beradik lelakinya, dan seorang adik-beradik perempuan tinggal berasingan, setelah ibunya dituduh secara terbuka melakukan hubungan terlarang, sebelum mereka memutuskan untuk berpindah ke luar negara.
Adik perempuannya kemudiannya diterima semula oleh keluarga diraja dan diberikan gelaran Puteri Sirivannavari Nariratana.
Vacharaeson yang ditemui di lapangan terbang turut menyatakan hasrat untuk pulang semula ke Thailand.
Topic Berkaitan
#Vacharaeson Vivacharawongse
#anak raja thailand
#lawatan mengejut
#Chakriwatn Vivacharawongse
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan