MALAYSIA
Dua anak tempatan cipta bahan api kapal terbang guna minyak masak terpakai
Muhammad Arif (kiri) bersama Mohammad Azhan memeriksa enjin pam minyak yang digunakan pasukan kutipan ketika ditemui di Pejabat Urusan Arjuna Dharma Global, Kadok baru-baru ini. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Tiada sesiapa yang menyangka bahawa sisa minyak masak terpakai yang sering dianggap tidak berguna, sebenarnya mampu menggerakkan enjin pesawat di langit, namun itulah hakikatnya apabila dua anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang melakar kejayaan luar biasa dengan mencipta bahan api alternatif mesra alam berasaskan bahan berkenaan.
Ringkasan AI
Muhammad Arif Arman Suddin, 30, dan sahabatnya Mohammad Azhan Shamsu Anuar, 28, pengasas bersama Arjuna Dharma Global, mengubah sisa dapur itu menjadi sumber tenaga baharu selepas melihat potensi besar minyak masak terpakai yang lazimnya dibuang begitu sahaja, sedangkan lemak cair itu masih mempunyai nilai tinggi jika diproses dengan betul.
Bekas jurutera kapal terbang, Muhammad Arif Arman berkata pengalaman bekerja dalam industri penerbangan menjadi titik tolak kepada usaha mereka mencari kaedah inovatif bagi menukar bahan sisa kepada sumber tenaga mampan.
"Kami mengambil masa kira-kira lapan bulan sejak tahun lepas untuk menjalankan pelbagai kajian dan proses try and error (cuba-cuba) bagi memahami teknik penghasilan bahan api berasaskan minyak masak terpakai," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Muhammad Arif Arman berkata berbekalkan pengalaman kerja dan ilmu yang diperoleh ketika menuntut di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan, usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pada Februari lepas, minyak masak terpakai yang mereka proses mula mendapat sambutan daripada beberapa syarikat pembekal bahan api sektor penerbangan.
Proses menghasilkan bahan api terbabit katanya, perlu melalui beberapa peringkat termasuk penapisan rapi bagi memastikan kualiti produk memenuhi piawaian ditetapkan oleh International Sustainability and Carbon Certification Corsia (ISCC CORSIA).
Dia berkata minyak terpakai dikumpulkan daripada penduduk kampung, peniaga dan syarikat di seluruh negeri Pantai Timur serta Perak sebelum ditapis dan ditimbang, kemudian disalurkan ke tangki simpanan untuk pemprosesan lanjut.
"Kami membeli minyak terpakai pada harga antara RM2.30 hingga RM3 sekilogram bergantung pada kawasan. Setiap hari, hampir 5,000 liter minyak masak terpakai dikutip oleh pasukan kami di beberapa negeri untuk diproses," katanya.
Menurutnya lagi, hanya minyak daripada sumber sayur-sayuran dibenarkan mengikut kriteria ISCC CORSIA, dan pemeriksaan awal dapat dilakukan melalui bau, warna serta ketumpatan minyak bagi memastikan bahan itu memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Minyak masak terpakai yang telah diproses itu kemudiannya dihantar secara berperingkat, kira-kira 33,000 liter setiap kali penghantaran, ke Fima Bulking Group di Pelabuhan Klang, Selangor sebelum dibekalkan kepada syarikat pembekal bahan api penerbangan antarabangsa.
"Setakat ini, minyak yang kami hasilkan telah mendapat tempahan tetap daripada beberapa syarikat pembekal bahan api kapal terbang di Amsterdam, Switzerland dan Amerika Syarikat.
"Minyak ini hanya boleh dibekalkan kepada syarikat yang memiliki pensijilan ISCC CORSIA, dan penggunaannya terbukti mampu mengurangkan pelepasan karbon di udara hingga empat kali ganda berbanding minyak kerosin," katanya yang kini menikmati pendapatan mencecah enam angka sebulan.
Muhammad Arif Arman berharap lebih ramai rakyat Malaysia menyedari potensi ekonomi dan alam sekitar yang terkandung dalam minyak masak terpakai.
"Kami mahu membuktikan bahawa sisa domestik seperti minyak masak terpakai boleh menjadi sumber tenaga bersih masa depan. Malah, kerajaan juga kini sedang bergerak ke arah mengkomersialkan bahan api penerbangan mampan (SAF), dan Malaysia dijangka mengeluarkan SAF tempatan sebelum berakhir 2025," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Muhammad Arif Arman Suddin dan Mohammad Azhan Shamsu Anuar, pengasas Arjuna Dharma Global, berjaya mencipta bahan api alternatif berasaskan minyak masak terpakai, mengubahnya menjadi sumber tenaga mampan selepas proses kajian dan penapisan yang teliti.
- Proses penghasilan bahan api terbabit memerlukan penapisan serta pematuhan piawaian yang ditetapkan oleh ISCC CORSIA; minyak terpakai dikumpul dari pelbagai sumber sebelum diproses dan dihantar ke syarikat pembekal bahan api penerbangan antarabangsa.
- Minyak hasilan mereka telah mendapat tempahan daripada syarikat pembekal bahan api kapal terbang di luar negara, dan penggunaannya mampu mengurangkan pelepasan karbon di udara hingga empat kali ganda berbanding minyak kerosin, memberikan pendapatan mencecah enam angka sebulan kepada pengasasnya; mereka berharap agar rakyat Malaysia sedar akan potensi ekonomi dan alam sekitar yang terkandung dalam minyak masak terpakai.