Dua anggota keselamatan maut ketika operasi di Ulu Baram, Miri

Nuzuluddin Abdul Razak
Disember 4, 2020 10:13 MYT
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika mengesahkan perkara berkenaan, mayat kedua-dua anggota berkenaan ditemui sekitar jam 3 petang, Jumaat. - Gambar Fail
MIRI: Dua anggota keselamatan dipercayai maut ketika menjalankan operasi rutin rondaan di Sungai Layun, Ulu Baram, Miri.
Kedua-dua anggota terbabit masing-masing merupakan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis bantuan sebuah syarikat minyak dan gas di Sarawak.
Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Menurut beliau, dua anggota berkenaan dipercayai terpisah dengan enam anggota yang sedang menjalankan operasi sama.
Ketika itu katanya, kedua-dua mangsa bersama kumpulan tersebut dilaporkan melalui Sungai Layun sekitar pukul 6.40 petang. Mereka didapati hilang ketika air deras sekitar jam 8 malam.
Mayat mangsa kemudiannya dijumpai sekitar pukul 3 petang Jumaat di lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang sebelum dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.
#Dua anggota keselamatan maut #Anggota PGA maut #Operasi di Sungai Layun Ulu Baram #Miri #Pesuruhjaya Polis Sarawak #Datuk Aidi Ismail #Hospital Miri