awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China kecam tindakan AS di Venezuela, gesa pembebasan Maduro
Di mana Nurul Nazla?
Kerjasama strategik JTDC-Alibaba lahir pakar reka bentuk AI Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota komando polis yang cedera stabil

Bernama
Bernama
02/03/2013
08:11 MYT
Dua anggota komando polis yang cedera stabil
Keadaan kesihatan dua anggota komando polis yang kini dirawat di Hospital Lahad Datu dilaporkan stabil selepas cedera dalam insiden tembak menembak dengan kumpulan penceroboh warga Filipina di Kampung Tanduo.
Pengarah Hospital Lahad Datu Dr Tan Hee Ting berkata kedua-dua mereka telah menjalani pembedahan kecil mengeluarkan peluru.
"Mereka kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di wad biasa untuk proses pemulihan," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ke atas dua anggota komando polis itu di Hospital Lahad Datu di sini hari ini.
Dua anggota komando berkenaan adalah Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, yang terkena tembakan di bahu kanan dan kedua-dua kaki, manakala Kpl Azman Ampong, 39, terkena tembakan di punggung dan paha.
Seorang lagi anggota yang cedera, Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22, menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Mengenai laporan laman sosial yang mendakwa hospital itu menghadapi kekurangan bekalan tabung darah, Tan menafikan laporan itu bahawa bekalan darah di hospital itu adalah mencukupi.
Menurutnya pihaknya sudah diberikan notis sejak dua minggu lepas untuk membuat persediaan berhubung krisis pencerobohan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar turut melawat kedua-dua mereka dan meluangkan masa 20 minit.
Beliau diiringi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah SAC Omar Mammah.
Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata kedua-dua anggota itu ada menyatakan kepadanya mengenai semangat mereka yang berkobar-kobar untuk kembali bertugas.
Menurutnya apa yang penting mereka dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Musa Aman
#Dr Tan Hee Ting
#Hospital Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan