MALAYSIA

Dua anggota kumpulan Baju Merah direman tiga hari bantu siasatan polis

Astro Awani 14/11/2016 | 10:12 MYT
Dua lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan. - Foto Astro AWANI
Dua lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan menghalang tugas polis semasa kekecohan yang berlaku di pusat membeli-belah, Ampang Point, petang semalam.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Ampang Haslinda Raof.

Polis menahan kedua-dua lelaki itu, sejurus kekecohan yang berlaku antara penyokong Baju Merah dan Baju Kuning di dalam kompleks beli-belah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Sekyen 186 Kanun Keseksaan .

Sekiranya disabitkan, kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA: Jamal Baju Merah dakwa ditumbuk 'budak Zuraida'

B
ACA: 'Jamal seperti binatang buas, kurung dia!' - Zuraida
#Baju kuning #Baju Merah #Jamal Yunus #Mat Lampin #perhimpunan Bersih