MALAYSIA
Dua anggota polis direman kes minta, terima rasuah RM20,000

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Foto Sinar Harian
MELAKA: Dua anggota polis lelaki berpangkat lans koperal dan koperal direman selama enam hari bermula Rabu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang penjual dadah cecair rokok elektronik.
Ringkasan AI
- Dua anggota polis direman: Seorang lans koperal dan koperal ditahan selama enam hari kerana disyaki menerima rasuah RM20,000 bagi tidak mengambil tindakan terhadap seorang penjual dadah elektronik.
- Siasatan di bawah Akta SPRM: Reman dikeluarkan oleh mahkamah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 setelah pengadu membuat laporan kerana dipaksa membayar wang tersebut.
- Penahanan oleh SPRM Melaka: Kedua-dua suspek ditahan pada Selasa petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka, dengan kes disahkan oleh Pengarah SPRM Melaka.
Sumber berkata, pengadu berusia 26 tahun membuat laporan kepada SPRM kerana tidak berpuas hati apabila dipaksa membayar wang berjumlah tersebut.
Ini berikutan dakwaan kedua-dua suspek bahawa individu berkenaan menjual dadah jenis mushroom vape, sedangkan dia menafikan pernah berbuat demikian.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek pada jam 6.25 petang dan 6.30 petang Selasa ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami