Padah memeras ugut seorang pemandu lori, dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel ditahan dalam kejadian di Lorong Hijau 3, Jelutong, Pulau Pinang pada Sabtu.
Kedua-dua anggota polis yang berusia 28 dan 25 tahun itu ditahan pada Ahad susulan aduan daripada pemandu lori tersebut yang mendakwa mereka telah meminta RM2,000 untuk menyelesaikan kes judi haram membabitkannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pemandu lori itu mendakwa dia telah ditahan kedua-dua anggota polis tersebut ketika sedang menunggang motosikal di Lorong Hijau 3, Jelutong kira-kira jam 10 pagi .
Menurut laporan,mangsa mendakwa, anggota polis berkenaan memintanya untuk hadir ke Balai Polis Jelutong kerana disyaki menjalankan kerja menulis judi ekor haram.
Bagaimanapun, mangsa menafikan dia terlibat dengan kerja berkenaan lalu dua anggota polis tersebut meminta dia menyerahkan RM2,000 sebagai jaminan kes itu akan diselesaikan.
Menurut Che Zaimani anggota polis berkenaan telah meminta pemandu lori itu pergi ke bank untuk mengambil wang seperti yang diminta.
Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan hanya mempunyai RM400 di dalam bank dan dia telah menyerahkan wang tersebut kepada salah seorang anggota polis terbabit.
Pemandu lori berkenaan juga telah menyerahkan dompet serta telefon bimbit kepada anggota polis itu.
Tambahnya, kedua-dua anggota polis yang ditahan itu akan direman esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Aug 18 2019
Kedua-dua anggota polis yang ditahan itu akan direman esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Raja Shahrul Zaman dilapor hilang, motosikal ditemui di tepi Lebuhraya Persekutuan
Raja Shahrul Zaman Raja Kamaredzuan, 43, dilaporkan hilang sejak 24 jam lepas selepas hanya motosikal dan dompetnya ditemui di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan.
Dua anggota polis disyaki lakukan peras ugut direman
Dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal direman selama sehari bagi membantu siasatan kes peras ugut seorang pemandu lori.
Dua anggota polis ditahan, disyaki lakukan peras ugut
Padah memeras ugut seorang pemandu lori, dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel telah ditahan pada Sabtu.
ADUN Seri Delima terima ugutan bunuh, buat laporan polis
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid menerima ugutan bunuh di pusat khidmatnya di Gelugor, di sini petang semalam.