Dua bekas pengarah 1MDB diburu Bank Negara

Hakim Rahman
Julai 24, 2015 11:00 MYT
BNM turut memaklumkan tiada sebarang ganjaran akan diberikan kepada mereka yang menyalurkan maklumat berhubung dua individu berkenaan.
Bank Negara Malaysia (BNM) mencari dua individu bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.
Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi, BNM memaklumkan individu berkenaan adalah Casey Tang Keng Chee, 50 tahun dan Jasmine Loo Ai Swan, 42 tahun.
Kedua-dua individu terbabit dilaporkan pernah memegang jawatan Pengarah Eksekutif syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BNM turut memaklumkan tiada sebarang ganjaran akan diberikan kepada mereka yang menyalurkan maklumat berhubung dua individu berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dua individu berkenaan boleh menghubungi BNM di talian 03-26988044 ext. 8554 / 7610 atau melaporkannya di balai polis berhampiran.
#Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 #Bank Negara Malaysia #Casey Tang Keng Chee