NATIONAL
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen

Ismail Sabri (kiri) dan Muhyiddin (kanan) mencadangkan usul khas dibentangkan bagi membincangkan isu Palestin susulan pengumuman Trump untuk memindahkan penduduk Palestin keluar dari tanah air mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua bekas perdana menteri mencadangkan usul khas dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan isu Palestin susulan pengumuman mengejut Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin keluar dari tanah air mereka dan mengambil alih Semenanjung Gaza.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan usul khas di Dewan Rakyat untuk membincangkan isu Palestin dan mengecam tindakan Amerika Syarikat.
- Muhyiddin mencadangkan Malaysia mendesak OIC dan PBB mengambil tindakan, termasuk mengadakan sidang tergempar dan menghantar pasukan pengaman ke Palestin.
- Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan penubuhan Tabung Pembangunan Gaza di Negeri Sembilan bagi membantu usaha membangunkan semula wilayah itu.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku kerana cadangan ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan global tetapi mengancam kestabilan geopolitik antarabangsa," katanya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menyifatkan langkah itu sebagai satu bentuk pembersihan etnik yang melanggar undang-undang antarabangsa dan mencabul hak asasi manusia.
Sebagai pengerusi ASEAN dan anggota pengasas OIC, beliau berkata Malaysia perlu mengusulkan resolusi di Perhimpunan Agung PBB untuk mengadakan pasukan tentera pengaman bagi membolehkan proses kepulangan rakyat Palestin tidak diganggu-gugat pihak yang mahu merampas hak mereka.
"Saya bersetuju dan menyokong cadangan supaya usul ini dibentangkan di Dewan ini dan dibahaskan oleh semua ahli-ahli yang berhormat," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) berkata usaha kerajaan untuk membangunkan semula Gaza menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai nilai manusiawi yang tinggi.
Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pihaknya telah memutuskan untuk mewujudkan Tabung Pembangunan Gaza yang akan digerakkan di seluruh negeri itu bagi memastikan rakyat Negeri Sembilan menyumbang ke arah usaha tersebut.
Persidangan bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami