MALAYSIA
Dua beradik didera: Tidak diberi makan, tinggal dalam rumah kotor

Dua kanak-kanak berumur empat dan 16 tahun diselamatkan daripada keadaan penderaan dan pengabaian di sebuah rumah kotor dan tidak selamat di Puchong, dipercayai tidak diberi makan oleh ibu mereka. -Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Tidak diberi makan selain tinggal dalam keadaan tidak terurus serta kotor antara penderaan yang dialami oleh kanak-kanak dan seorang remaja yang diselamatkan susulan penahanan seorang wanita serta kekasihnya di sebuah kediaman di Puchong pada Rabu.
Ringkasan AI
- Dua kanak-kanak berumur empat dan 16 tahun diselamatkan daripada keadaan penderaan dan pengabaian di sebuah rumah kotor dan tidak selamat di Puchong, dipercayai tidak diberi makan oleh ibu mereka.
- Remaja berusia 16 tahun mengalami tekanan perasaan akibat penderaan, namun pemeriksaan perubatan mendapati tiada kesan parut lama pada kedua-dua mangsa.
- Ibu mangsa dan teman lelakinya yang dipercayai penagih dadah telah ditahan selepas polis menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Kedua-dua mangsa juga dipercayai didera dengan tidak diberikan makan oleh ibu mereka.
"Salah seorang mangsa iaitu remaja yang berumur 16 tahun mengalami tekanan perasaan akibat penderaan yang dialami," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak perubatan di hospital mendapati tiada sebarang kesan parut lama pada kedua-dua mangsa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa wanita berkenaan bersama teman lelakinya yang dipercayai penagih dadah ditahan selepas disyaki mengabaikan dua kanak-kanak di Puchong pada Rabu.
Kedua-dua suspek ditahan selepas pihak polis menerima maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung pengabaian dua kanak-kanak berkenaan di sebuah kediaman di Puchong.
Siasatan mendapati wanita berusia 37 tahun itu tinggal serumah bersama teman lelakinya berusia 42 tahun serta dua mangsa yang merupakan anak wanita terbabit, masing-masing berumur empat dan 16 tahun. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami