[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Dua beradik direman susulan kematian ibu

Bernama 11/11/2015 | 09:24 MYT
Polis semalam menahan dua beradik berkenaan iaitu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes kematian Wan Yah Wan Mat, 63. - Gambar Hiasan
Dua beradik direman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini hingga Selasa depan.
"Polis akan menyiasat setiap aspek berhubung kes berkenaan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Polis semalam menahan dua beradik berkenaan iaitu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes kematian Wan Yah Wan Mat, 63.
Mayat wanita itu ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di ruang tamu di unit kediaman di Tingkat 16 pangsapuri berkenaan.
#Bandar Sri Permaisuri #bunuh #Chong Kok Sin #polis #reman