MALAYSIA
Dua beradik ditahan, guna senjata api buatan sendiri kutip hutang along
Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan, kira-kira pukul 5 petang. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan dua beradik lelaki dan merampas beberapa senjata api buatan sendiri yang dipercayai digunakan dalam kegiatan mengutip hutang along dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok, dekat sini semalam.
Ringkasan AI
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan itu dilakukan berdasarkan maklumat risikan, kira-kira pukul 5 petang.
"Hasil serbuan membawa kepada penahanan dua lelaki berusia 34 dan 37 tahun yang merupakan adik-beradik.
"Pemeriksaan lanjut menemukan satu laras senapang buatan sendiri, dua pucuk pistol buatan sendiri, dua pucuk pistol tiruan, dua kelopak peluru, satu sarung pistol serta 27 biji 'caliber powder ramset'," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.
Beliau berkata turut dirampas ialah sebuah motosikal dan tiga telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan kutipan hutang itu.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengambil upah sebagai pengutip hutang bagi beberapa sindiket 'along' di Kelantan dengan menggunakan senjata api dan pistol tiruan bagi menakut-nakutkan mangsa (penghutang).
"Setakat ini, polis menerima sekurang-kurangnya lima pengakuan awal membabitkan lima kes kutipan hutang'along, dengan anggaran hasil kutipan mencecah RM200,000 sejak Oktober 2025," katanya.
Menurutnya kegiatan itu lebih tertumpu di daerah Bachok dan suspek akan menerima upah daripada mana-mana along yang mendapatkan khidmat mereka.
"Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan semakan mendapati mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah serta narkotik," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang besi itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam perkembangan lain, Mohd Yusoff berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk menjejaki pergerakan seorang wanita yang dipercayai dalang utama sindiket rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta.
"Setakat ini, pemeriksaan telah dilakukan di rumah bekas keluarga mereka, namun individu terbabit dipercayai berada di negara jiran, Thailand. Justeru, polis meminta kerjasama rakan sejawatan di negara berkenaan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis memburu seorang wanita dikenali sebagai 'Luna' berusia lingkungan 30-an yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan penahanan tiga individu dan rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta di Kuala Krai, minggu lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Kelantan menahan dua beradik lelaki serta merampas senjata api buatan sendiri dalam serbuan di Kampung Seneng, Bachok, yang dipercayai digunakan untuk mengutip hutang along.
- Kedua-dua suspek yang positif dadah jenis methamphetamine, didakwa bekerja sebagai pengutip hutang bagi sindiket 'along' dengan hasil kutipan melebihi RM200,000 sejak Oktober 2025.
- Polis masih menyiasat kes sindiket rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta serta menjejaki wanita dikenali sebagai 'Luna' yang dipercayai ketua sindiket tersebut.