awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik ditemukan lemas di pantai Pulau Mentigi

Bernama
Bernama
02/06/2025
15:30 MYT
Dua beradik ditemukan lemas di pantai Pulau Mentigi
Dua beradik berumur 15 dan 13 tahun ditemukan lemas ketika mandi di pantai Pulau Mentigi, Mersing, petang tadi. - Foto Sinar Harian
MERSING: Dua beradik berumur 15 dan 13 tahun ditemukan lemas ketika mandi di pantai Pulau Mentigi di sini petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Nur Awatif Udaima Mohd Hisam dan adiknya Ahmad Uwais Al Qarni.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor untuk mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada 4.25 petang, sebelum bot PERKASA 44 diatur gerak ke lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa pertama Nur Awatif Udaima ditemukan di lokasi mangsa lemas oleh komuniti berdekatan pada pukul 4.30 petang.
"Bot PERKASA 44 serta komuniti pulau kemudiannya meluaskan sektor pencarian dan menemukan Ahmad Uwais Al Qarni, hasil pencarian menyelam oleh komuniti pulau pada pukul 6.30 petang," katanya dalam kenyataan malam ini.
Suhaizan berkata difahamkan keluarga mangsa pulang bercuti di kampung mereka di Pulau Tinggi dan jarak dari Pantai Mentigi ke Kuala Mersing kira-kira 19.17 batu nautika.
Beliau berkata susulan itu, kedua-dua mangsa diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk dibawa pulang ke Jeti Shahbandar bagi tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian terbabit dan memaklumkan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#mandi
#Pulau Mentigi
#Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan