awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut baharu diramal melanda Gaza, tambah derita ratusan ribu penduduk pelarian
Gagal raih Hadiah Nobel, tidak perlu fikir soal keamanan, kata Trump kepada PM Norway
PM Anwar terima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik, ibu saudara ditemukan meninggal dunia dalam rumah

Bernama
Bernama
30/08/2025
21:10 MYT
Dua beradik, ibu saudara ditemukan meninggal dunia dalam rumah
Polis berkata hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah selain tiada sebarang kesan geledah atau kehilangan barang-barang peribadi. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 38 hingga 56 tahun itu daripada Hospital Port Dickson pada 12.20 tengah malam.
"Siasatan awal mendapati dua mayat ditemukan di bahagian ruang tamu manakala seorang lagi di atas katil dalam bilik tidur di rumah. Ketiga-tiga berada dalam keadaan terlentang dengan lengkap berpakaian.
"Seorang mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit kronik manakala seorang lagi orang kurang upaya (sindrom)," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mereka tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah selain tiada sebarang kesan geledah atau kehilangan barang-barang peribadi.
Alzafny berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua beradik maut
#ibu saudara maut
#meninggal dalam rumah
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan