awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik, ipar ditahan AADK ketika leka hisap dadah dalam rumah

Najib Aroff
Najib Aroff
30/04/2021
07:46 MYT
Dua beradik, ipar ditahan AADK ketika leka hisap dadah dalam rumah
Selain menahan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan turut merampas dadah jenis syabu selain 40 bungkus plastik lutsinar berisi cecair yang dipercayai mengandungi air ketum. - Gambar ihsan AADK
KUALA LUMPUR: Dua beradik serta seorang ipar antara yang ditahan dalam Operasi Cegah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dipercayai terbabit dalam kegiatan penagihan dadah, di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, ketiga-tiga mereka ditahan ketika sedang leka menghisap dadah.
Ketua Pegawai AADK Daerah Cheras, Mohd Ridhwan Mohd Rodzmi berkata, ketiga-tiganya yang diberkas di kediaman mereka di Desa Tasik, Sungai Besi berusia antara 27 tahun hingga 38 tahun.
"Semasa serbuan, ibu suspek yang menghidap kencing manis kronik tidak dapat menahan sebak ketika pasukan AADK Daerah Cheras menahan dua orang anaknya dan menantu di rumah mereka," katanya di sini, hari ini.
Menurut Mohd Ridhwan, dalam operasi yang sama, AADK turut menahan beberapa lagi individu yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
"Pihak kami turut membuat rampasan dadah disyaki syabu seberat 0.4 gram dan menahan dua suspek yang dipercayai memproses serta menjual air ketum di kedai memproses santan kelapa di Taman Ikan Emas, Cheras.
"Sebanyak 40 bungkus plastik lutsinar berisi cecair yang dipercayai mengandungi air ketum dengan anggaran 15.1 liter turut dirampas.
Beliau menambah, kesemua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSNJD) Cheras dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan 1998.
Topic Berkaitan
#Syabu
#AADK
#Dadah
#Agensi Antidadah Kebangsaan
#jenayah
#dua beradik
#ipar
#air ketum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan