awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik jadi hamba seks bapa, datuk dan bapa saudara

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
11/08/2017
14:29 MYT
Dua beradik jadi hamba seks bapa, datuk dan bapa saudara
Dev berkata pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa telah diperlaku umpama hamba seks oleh bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun. -Gambar hiasan
Seorang remaja berusia 19 tahun menjadi mangsa kerakusan seks bapa kandung, datuk, dan dua bapa saudaranya sendiri hingga disahkan mengandung hari ini.
Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan kejadian berkata pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pihak Hospital Serian sekitar jam 2.30 petang tadi.
"Kita dimaklumkan bahawa mangsa telah berbadan dua dan dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan.
Berdasarkan maklumat awal, Dev berkata pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa telah diperlaku umpama hamba seks oleh bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.
"Lebih menyedihkan, adik mangsa (kini berusia 14 tahun) turut menerima nasib sama sejak berusia sembilan tahun.
"Kesemua insiden ini berlaku di rumah keluarga ini di Kampung Daha Seroban, dekat sini dan ketika kejadian, mereka tinggal bersama, kata Dev.
Hasil siasatan awal, sepasukan anggota Siasatan Jenayah Serian diketuai Inspektor Vimal Nathan telah menahan kesemua suspek di rumah mereka sekitar jam 3.30 petang.
"Kesemua suspek berumur di antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Samarahan pagi esok untuk permohonan reman.
Topic Berkaitan
#Dev Kumar
#dirogol keluarga
#Hospital Serian
#rogol anak kandung
#rogol anak saudara
#rogol cucu
#sumbang mahram
#Vimal Nathan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan