KULIM: Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan mereka di Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Sedim, pada Ahad.
Mayat Mohamad Syafiq Yusof, 33, dan adiknya Mohamad Syazwan, 25, berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang ditemui di dasar sungai oleh penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd Redzuan Salleh, berkata kedua-dua mangsa bersama tiga rakan lain tiba di kawasan air terjun terbabit pada jam 3.20 petang.
“Kesemua mereka mandi di kawasan lubuk, apabila tiba-tiba air berpusar dan meneggelamkan kesemua mereka.
“Keempat mereka berjaya naik ke atas tetapi salah seorang mereka telah dapati tiada, disyaki lemas.
“Abang mangsa telah terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya, namun kedua-dua mangsa lemas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohd Redzuan berkata, penduduk kampung telah membantu dalam mencari dan menyelamatkan mangsa.
Katanya, kedua-dua mangsa berjaya ditemui di dasar sungai dan berjaya dinaikkan ke atas tebing sungai.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba kemudian.
Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Feb 26 2023
Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan mereka di Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Sedim, pada Ahad. - Foto ihsan polis
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Jenazah dua beradik lemas dikebumi dalam satu liang lahad
Mamod Shukur Belal Hussain dan Muhammad Nazeri Belal Hussain dipercayai pergi ke lombong tanpa disedari ahli keluarga.
2 beradik lemas: Bapa terkilan tidak sempat tunai 'permintaan terakhir'
Bapa kepada dua beradik yang lemas di lombong pasir di Pinang Tunggal, terkilan tidak sempat menunaikan permintaan anaknya yang inginkan kapal terbang mainan.
2 beradik lemas: Mayat abang ditemui di dasar lombong
Mayat kanak-kanak berusia enam tahun yang merupakan mangsa lemas kedua dalam kejadian di lombong pasir di Kampung Pematang Kedondong, Tikam Batu, di sini, ditemui pada kedalaman 15 meter.
2 beradik lemas di kolam renang di Ipoh - Polis
Dua beradik masing-masing berusia 8 dan 9 tahun lemas ketika melakukan aktiviti renang di sebuah kolam renang di sini, lewat petang semalam.
Dua beradik lemas ketika mandi di air terjun Sungai Sedim
Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan mereka di Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Sedim, pada Ahad.
Dua beradik 4, 6 tahun ditemui lemas terjatuh dalam parit
Polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung insiden itu kira-kira jam 7 malam.
'Kami redha pemergian anak-anak, tapi jangan hukum, cerca kami!' - Bapa mangsa lemas
"Tak kena batang hidung sendiri, tak tahu." Bapa kepada Aqil Rayyan dan Aliff Rizqi berharap tragedi ini tidak akan kena pada orang lain.