MALAYSIA
Dua beradik lemas: Reman bapa, teman wanita disambung
Lelaki dan wanita masing-masing berumur 46 dan 41 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari bermula dari 5 Sept bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Tempoh reman bapa kepada dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas di dalam kereta yang menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, Port Dickson, disambung lima hari hingga 16 Sept ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata reman terhadap teman wanita kepada lelaki itu pula disambung empat hari hingga 15 Sept ini dengan permohonan lanjutan itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Port Dickson, pagi tadi.
"Permohonan lanjutan reman terhadap kedua-dua suspek itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Lelaki dan wanita masing-masing berumur 46 dan 41 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari bermula dari 5 Sept bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang masing-masing berumur enam dan lapan tahun.
Dalam kejadian pada 4 Sept lepas, dua beradik masing-masing seorang lelaki dan perempuan lemas apabila terperangkap di dalam kereta yang menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, bagaimanapun bapa mereka terselamat kerana berada di luar kereta ketika kejadian manakala seorang wanita yang turut berada di dalam kenderaan itu berjaya diselamatkan orang awam.
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian dua beradik itu disebabkan lemas dan tiada unsur kekerasan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Reman bapa dua beradik lemas disambung lima hari hingga 16 Sept, manakala teman wanitanya disambung empat hari hingga 15 Sept, bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Kedua-dua suspek, berusia 46 dan 41 tahun, sebelum ini direman tujuh hari sejak 5 Sept berhubung kematian dua kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta yang menggelongsor ke Sungai Tanjung Agas, Linggi.
- Bedah siasat sahkan punca kematian akibat lemas tanpa unsur kekerasan; kejadian berlaku 4 Sept, bapa terselamat kerana berada di luar kereta, manakala seorang wanita dalam kenderaan berjaya diselamatkan orang awam.