awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik maut nahas motosikal, MPV

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2025
09:00 MYT
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Howard Lee (dua dari kanan) turut berada di lokasi kejadian di Jalan Pasir Puteh, Ipoh. - Foto FB Howard Lee
IPOH: Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berhampiran persimpangan lampu isyarat, Jalan Pasir Puteh di sini pada Rabu.
Kejadian berlaku ketika mangsa, Nur Amira Balqis Armi, 22, menunggang motosikal untuk menghantar adiknya, Mohd Amirul, 14, ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet di sini.
Insiden itu dikongsikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee Chuan How menerusi akaun Facebooknya.
"Kemalangan maut di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah-Jalan Pasir Puteh yang telah mengakibatkan kematian dua orang mangsa yang juga merupakan adik-beradik.
"Takziah diucapkan kepada keluarga dan pihak saya akan membantu bagi urusan pengurusan jenazah mangsa yang terlibat bagi meringankan beban keluarga mangsa," katanya.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan akan membuat semakan berhubung kejadian itu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dua beradik maut
#kemalangan motosikal MPV
#lampu isyarat
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan