Dua beradik nyaris maut dalam kebakaran di Setiu

Astro Awani
Mac 21, 2019 15:59 MYT
Kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 petang Khamis itu turut menyebabkan tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang. - Foto Astro AWANI
Dua beradik nyaris maut selepas kediaman mereka di Kampung Pelong, Setiu, Terengganu musnah dalam kejadian kebakaran.
Kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 petang Khamis itu turut menyebabkan tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Ketika kejadian Nursafia Balqis, 17, dan Putri Rania Anis Sofea, 11 dikatakan sedang tidur di rumah selepas kepenatan pulang daripada sekolah.
Bagaimanapun kedua beradik itu berjaya melarikan menyelamatkan diri.
Sementara itu ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail, berkata sejurus menerima panggilan seramai 17 pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya ketika tiba kebakaran sudah menjejaskan dua rumah separa kayu dan batu dan api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.
Jelas beliau, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
#Balai Bomba dan Penyelamat Setiu #dua beradik nyaris maut #kebakaran di Setius #Mustafa Ismail #Nursafia Balqis #Putri Rania Anis Sofea