NATIONAL

Dua beradik Orang Asli hilang ditemukan lemas - Bomba

Bernama 05/05/2025 | 05:35 MYT
Mayat pertama ditemukan di Pengkalan Pasir, Paloh Rawa, Machang pada 8.50 pagi, manakala mayat kedua dijumpai di Pengkalan Pasir, Bukit Panau, Tanah Merah pada kira-kira 10 pagi. - Gambar/ Bernama
KUALA KRAI: Dua beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat, di sini sejak Sabtu lepas, ditemukan lemas di dua lokasi berbeza hari ini.

Ringkasan AI
  • Dua beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat sejak Sabtu lepas ditemukan lemas di dua lokasi berbeza hari ini.
  • Mayat pertama ditemukan di Pengkalan Pasir, Paloh Rawa, Machang pada 8.50 pagi, manakala mayat kedua dijumpai di Pengkalan Pasir, Bukit Panau, Tanah Merah pada kira-kira 10 pagi.
  • Dua beradik lelaki berumur 17 dan 16 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai pada 3 Mei lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian Zulhilmi Baharudin berkata mayat pertama ditemukan di Pengkalan Pasir, Paloh Rawa, Machang pada 8.50 pagi tadi.
"Mayat kedua pula dijumpai di Pengkalan Pasir, Bukit Panau, Tanah Merah pada kira-kira 10 pagi," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, dua beradik lelaki Orang Asli berumur 17 dan 16 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Kampung Kilat, Kuala Krai pada 3 Mei lepas.
-- BERNAMA
#kes lemas #dua beradik #Orang Asli #Kuala Krai