JOHOR BAHRU: Dua beradik bersama suami masing-masing berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atas tiga pertuduhan mengedar dadah, minggu lalu.
Kesemua tertuduh, Siti Nurshafina Sottor, 24, serta suami, Afiq Aidi, 23 dan Siti Nurfatimah Sottor, 32 serta suami, Mohammad Raffi Yahya, 35 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Pendakwaan terhadap kesemua tertuduh dilakukan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, namun bagi Mohammad Raffi, pertuduhan dibacakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan tertuduh sedang dirawat di Wad Isolasi kerana menghidap Covid-19 dan Tibi.
Berdasarkan tiga kertas pertuduhan itu, mereka bersama-sama didakwa mengedar kanabis seberat lebih 27.53 kilogram (kg), heroin (lebih 1.81kg) dan methamphetamine (lebih 1.94kg).
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana perbuatan (mengedar) kanabis di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram di sini, sekitar jam 2 pagi, 19 September lalu.
Sehubungan itu, mereka berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, mereka hendaklah disebat tidak kurang 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 Januari 2024.
Sementara itu, seorang lagi adik Siti Nurfatimah dan Siti Nurshafina; Muhammad Taufik Sallehudin Sottor, 30, didakwa bersama seorang lagi lelaki, Mohamad Zaidi Sani, 34, atas kesalahan mengedar methamphetamine dengan anggaran berat kasar 59.88 gram.
Atas kesalahan tersebut, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952.
Selain itu, mereka turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu memiliki kanabis seberat 14.81 gram.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6 ADB 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini, kira-kira jam 2.15 pagi, 19 September lalu.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 21 Disember depan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023

Salah seorang tertuduh (kanan) dihadapkan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian

EU ekan kaji semula perjanjian perdagangan dengan Israel - Kallas
Tekanan antarabangsa terhadap Israel semakin meningkat sejak kebelakangan ini selepas Netanyahu lancar serangan ketenteraan baharu di Gaza.

Tak boleh beri 'orang luar' masuk terus tanding, Presiden PKR digesa batal pelepasan khas - Rafizi
Kemasukan 'calon-calon luar' dilihat mencetuskan ketidakstabilan dalaman setiap kali pemilihan PKR berlangsung.

LIMA'25: Ahmad Zahid imbau kenangan naik pesawat tempur SU-30MKM
"Masih segar dalam ingatan, degup jantung sewaktu duduk di dalam kokpit pesawat yang digeruni dan dihormati ini."

PTU cipta sejarah, pamer kehandalan terbangkan ‘Toruk Makto’
Mohd Asghar Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara LIMA.

Malaysia tangani penyakit paru-paru menerusi pendekatan inovatif termasuk AI - Dzulkefly
Negara juga sudah melancarkan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Malaysia 2025-2030 yang merangkumi elemen pencegahan, rawatan dan pemulihan.

UK gantung rundingan perdagangan bebas dengan Israel, kecam krisis Gaza sebagai “keji”
Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai "berbahaya, menjijikkan dan kejam."

Singapura desak gencatan senjata serta-merta dan bantuan disambung semula ke Gaza
Republik itu secara konsisten menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan.

Melaka komited perkasa wakaf pendidikan
Melaka komited untuk memperkasakan wakaf pendidikan dalam usaha meningkatkan akses kepada kemudahan pendidikan berkualiti.

MITI bekerja keras tarik lebih banyak pelaburan berkualiti - Tengku Zafrul
Ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel.

Polis tembak mati dua penjenayah kes samun, edar dadah di Nilai
Penjenayah berumur 40-an dan 20-an itu aktif dalam kes samun rumah, kilang serta tempat pengumpulan kurier di beberapa negeri.

Tiga sindiket sekitar Lembah Klang tumpas, polis rampas dadah RM16 juta
Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di Lembah Klang dengan merampas 443.7 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis, bernilai lebih RM16 juta.

Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram dadah jenis syabu, bulan lepas.

Eda Ezrin, rakan-rakan dijangka dibebaskan 7 Mei ini
Jurucakap mahkamah berkata, setakat hari ini pihak Eda Ezrin, suami serta rakan-rakan tidak menerima apa-apa permohonan lagi.

Kastam gagalkan cubaan seludup pil captagon bernilai RM210 juta
Jabatan Kastam menggagalkan cubaan menyeludup masuk pil captagon dianggar bernilai RM210 juta dalam serbuan di Pelabuhan Barat.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.