awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang

Bernama
Bernama
16/01/2025
09:45 MYT
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Pasukan bomba dengan bantuan DBKL menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memotong pokok yang menghalang laluan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Wanita berusia 39 tahun dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu, diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap dalam kereta berkenaan.
Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Md Izzat Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi, sebelum dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Pudu dengan kekuatan 15 anggota dikerah ke lokasi.
"Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kejadian pokok tumbang itu menyebabkan laluan terhalang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa.
"Kejadian menyebabkan dua mangsa berkenaan mengalami cedera ringan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Izzat berkata pasukan bomba, dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memotong pokok yang menghalang laluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#Kuala Lumpur
#kes kecederaan
#kereta dihempap pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan