MALAYSIA
Dua beranak ditahan kes bunuh pemandu e-panggilan

Bapa dan anak lelakinya ditahan antara 26 hingga 28 Jun lepas, setelah bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat unsur jenayah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua beranak selepas disyaki terlibat kes pembunuhan seorang pemandu e-panggilan yang dipercayai berhutang dengan mereka, di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, Ampang di Selangor, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Polis menahan dua beranak, berusia 73 dan 36 tahun, disyaki membunuh pemandu e-panggilan yang dipercayai berhutang dengan mereka; kes berlaku di Taman Pandan Perdana, Ampang.
- Laporan bedah siasat mengesahkan unsur jenayah, dengan punca kematian akibat jangkitan kuman pada otot akibat kecederaan fizikal; barang kes seperti rotan buluh dan playar dirampas.
- Kedua-dua suspek direman 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan bunuh.
Polis menerima maklumat mengenai kematian lelaki berusia 37 tahun terbabit di kediaman kedua-dua suspek daripada petugas kesihatan Hospital Kuala Lumpur pada 7.16 petang, 22 Jun lepas.
Mohd Azam berkata anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan siasatan awal mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.
"Selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang dan laporan diperoleh pada 23 Julai lepas, didapati terdapat unsur jenayah, punca kematian mangsa adalah kerana jangkitan kuman pada otot disebabkan kecederaan pada kulit dan tulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua suspek yang bekerja sendiri itu direman 14 hari bermula 27 Jun lepas hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami