Seorang ibu dan bayinya ditemui mati dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Rawang Perdana 2, Rawang pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, wanita tempatan berusia 34 tahun dan bayinya berumur tujuh bulan ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah teres dua tingkat itu.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata wanita itu ditemui terbaring di tepi katil, manakala bayi perempuannya di atas katil.
"Berdasarkan maklumat orang awam, pintu belakang rumah mangsa didapati terbuka dan hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tiada barang milik mangsa hilang.
"Polis juga mengesan tiada sebarang kecederaan pada kedua-dua mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ali berkata ketika kejadian, suami mangsa seorang pemandu lori, dikatakan keluar bekerja kira-kira 3 pagi tadi.
Motif kejadian belum diketahui dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.
Sementara itu, adik ipar mangsa berusia 25 tahun yang tidak mahu dikenali, berkata mangsa yang bekerja sebagai Eksekutif Kewangan Pesakit di Institut Jantung Negara (IJN) tidak menunjukkan sebarang tingkah laku luar biasa sebelum ini.
Beliau berkata mereka baru bertemu semalam, apabila beliau berkunjung ke rumah kakak iparnya itu.
"Semalam, semasa berjumpa dia ada ucapkan selamat hari lahir kepada saya...itu sahaja pesanan dia. Tiada apa yang ganjil. Kami sekeluarga masih trauma dan tidak mahu diganggu...biarlah semuanya selesai dahulu," katanya dalam nada sebak.
Beliau berkata mangsa sepatutnya menghantar bayinya kepada keluarga suami, sebelum ke kuil untuk bersembahyang sempena sambutan perayaan Vaisakhi atau Tahun Baru Sikh.
"Saya rasa pelik kerana dia gagal dihubungi sejak 7 pagi tadi, jadi saya minta bapa saya ke rumahnya. Sebaik bapa tiba di rumah kakak ipar saya pada 9.30 pagi, dia mendapati menantu dan cucunya sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, jiran mangsa Kalaivani Krishnan, 32, berkata kira-kira 6.30 pagi tadi ketika beliau sedang menjemur kain, beliau terlihat pintu belakang rumah mangsa tidak tertutup.
Beliau yang merupakan seorang suri rumah, bagaimanapun tidak mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku ke atas jirannya kerana melihat kereta mangsa berada di depan rumah dan menganggap dia sedang bercuti.
"Kemudian bapa mertua mangsa datang dan mengetuk pintu rumah mangsa, tetapi tiada jawapan. Saya pun beritahu dia, pintu belakang tidak berkunci.
"Dia masuk ke dalam rumah. Saya kemudian terdengar dia menjerit memanggil nama mangsa. Saya terkejut dan terus masuk ke rumah mangsa dan naik ke tingkat atas, dan nampak kedua-dua mangsa terbaring di salah sebuah bilik di rumah itu," katanya bahawa mangsa dan suaminya telah menyewa rumah tersebut sejak setahun lepas.
Kalaivani berkata selepas menyedari kejadian itu, beliau memaklumkan kepada suaminya yang kemudian membuat laporan polis.
Beliau berkata mereka sekeluarga tidak mendengar sebarang bunyi pergaduhan atau pergelutan di rumah mangsa pada pagi itu.
Bernama
Fri Apr 15 2016

Dalam kejadian itu, wanita tempatan dan bayinya ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. -Gambar hiasan

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Bunuh kekasih dengan topi keledar, nelayan berdepan tali gantung
Tiada pengakuan direkodkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Tiada kesan kecederaan pada kanak-kanak lain
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan berhubung kematian bayi berusia lima bulan itu masih dijalankan.

Bayi 'diculik' dijumpai mati dalam peti sejuk pengasuh
Mayat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin itu disumbat dalam beg berwarna hijau.

Bayi lelaki ditemui dalam mangkuk tandas stesen minyak
Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Lelaki warga Nigeria maut terjatuh dari tingkat 13 kondominium
Ketika kejadian, polis melakukan serbuan ekoran laporan seorang wanita berusia 58 tahun yang kerugian sebanyak RM13,200 akibat kes penipuan 'parcel scam'.

Lima suspek sindiket penipuan parcel tumpas
Lima ditahan termasuk dua wanita dan salah seorang daripadanya warga Filipina kerana terlibat dalam sindiket penipuan parcel scam apabila kegiatan mereka dibongkar.

Polis nafi bawa parang ketika serbuan dadah di Selayang
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata tuduhan yang dibuat itu tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali sehingga boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti polis.

Mayat tiga lelaki terjatuh dalam tangki minyak ditemui
Mayat mangsa terakhir T. Baskaran, 49, ditemui pada 6.09 petang ini, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.

Mayat lelaki dijumpai mati dibunuh di belakang kuil
Polis menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai mayat mangsa berusia 39 tahun tanpa pakaian itu pada pukul 2 petang.

Dua beranak ditemui mati dalam sebuah rumah di Rawang
Dalam kejadian itu, wanita tempatan dan bayinya ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.