awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut dirempuh lori muatan ikan

Aida Aziz
Aida Aziz
18/04/2020
13:45 MYT
Dua beranak maut dirempuh lori muatan ikan
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang bagi proses bedah siasat. Foto: Polis
Dua beranak maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori muatan ikan dari arah bertentangan di Jalan Tanjung Tualang - Kampung Gajah, Perak pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso, mangsa dikenalpasti sebagai Law Ai Yeng, 37, dan anak lelakinya yang berusia 7 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Viva maut di tempat kejadian.
"Pada jam lebih kurang 3.35 petang, pihak kami terima maklumat kemalangan jalan raya melibatkan lori jenis Isuzu dan kereta jenis Perodua Viva.
"Siasatan mendapati apabila sampai di Jalan Tanjung Tualang - Kampung Gajah (berdekatan Simpang Kota Pinang) lori dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan lalu berlanggar kereta tersebut.
"Akibat rempuhan itu, pemandu wanita itu cedera parah di keseluruhan badan manakala anak lelakinya parah di kepala. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang bagi proses bedah siasat.
Sementara itu, ujarnya pemandu dan kelendan lori muatan ikan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Barudin berkata siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyan 41(1) APJ 1987 iaitu memandu dengan cuai dan melulu hingga menyebabkan kematian.
Dalam kenyataan berasingan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata anggota bomba mengeluarkan mangsa dengan mengalihkan lori tersebut dengan bantuan sebuah kren, dua trak penunda dan jentera jengkaut.
Topic Berkaitan
#dirempuh
#Hospital Changkat Melintang
#Kampung Gajah
#kenderaan
#Law Ai Yeng
#Lori
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan