MALAYSIA
Dua beranak maut, lori terbalik tayar pecah
Gambar tular menunjukkan keadaan lori yang terbalik dipercayai akibat tayar pecah dalam kemalangan di Kilometer 362.9 LPT2 pada petang Selasa. - Foto media sosial/Sinar Harian
DUNGUN: Dua beranak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas lori dinaiki hilang kawalan dipercayai akibat tayar pecah sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 362.9, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, di sini, pada Selasa.
Mangsa, Isnaini Mohd, 42, dan anak lelakinya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 4 petang akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Suami Isnaini yang juga pemandu lori, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, cedera parah dan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu yang bekerja di sebuah syarikat pembekal perkakasan elektrik sedang dalam perjalanan pulang ke Gong Badak, Kuala Terengganu selepas menghantar ‘chamber’ pembumian elektrik di Kuantan, Pahang.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah sehingga menyebabkan kenderaan terbabas dan terbalik.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Menurutnya, mayat ibu dan anak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut, manakala Khairul Syahmi turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian