[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
NATIONAL

Dua beregu negara bergaya ke suku akhir Terbuka Singapura

Sinar Harian 29/05/2025 | 05:46 MYT
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan apabila mudah menundukkan rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi- Yap Roy King. - Gambar fail/BAM
DUA beregu negara menang bergaya untuk mara ke saingan suku akhir Terbuka Singapura 2025 sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Kejayaan beregu lelaki negara: Pasangan nombor satu dunia, Goh Sze FeiNur Izzuddin Rumsani, mara ke suku akhir Terbuka Singapura 2025 selepas menewaskan rakan senegara Wan Arif Wan JunaidiYap Roy King dalam masa 33 minit.
  • Beregu campuran turut melangkah: Goh Soon HuatShevon Lai berjaya menewaskan Feng Yan ZheWei Ya Xin secara straight set untuk memastikan tempat dalam kelompok lapan terbaik kejohanan Super 750.
  • Dominasi dan pengalaman jadi pemisah: Kedua-dua pasangan negara menunjukkan prestasi cemerlang dengan permainan kukuh dan pengalaman yang menjadi faktor utama kemenangan mereka.


Pasangan berstatus nombor satu dunia, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan apabila mudah menundukkan rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King dalam aksi pusingan kedua.

Saingan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu menyaksikan Sze Fei–Nur Izzuddin hanya memerlukan 33 minit untuk meraih kemenangan.

Gandingan profesional negara itu menang set pertama 21–13, biarpun cuba disaing sengit pasangan yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tersebut.

Wan Arif–Roy King cuba bangkit dalam saingan kedua, namun gaya permainan kental mengesahkan kemenangan buat Sze Fei–Nur Izzuddin 21–11.

Beregu campuran, Goh Soon Huat–Shevon Lai juga tidak mengecewakan apabila turut melangkah dalam kelompok lapan terbaik kejohanan berstatus Super 750 itu.

Pasangan suami isteri itu menepati ramalan apabila mudah menundukkan Feng Yan Zhe–Wei Ya Xin secara straight set.

Soon Huat–Shevon yang merupakan pilihan pertama kejohanan bermula positif apabila menang set pertama 21–11.

Gandingan China itu memberi tentangan sengit dalam saingan awal set kedua, namun pengalaman menjadi pemisah apabila pasangan profesional tersebut mengesahkan kemenangan 21–19 dalam masa 34 minit permainan. -- Sinar Harian





#Badminton Terbuka Singapura #Goh Sze Fei Nur Izzuddin Rumsani #Goh Soon Huat Shevon Lai #ke suku akhir #terkini