MALAYSIA
Dua bersaudara mengaku tidak bersalah aniaya beruk
Muhamad Amirul Afiq (dua, kanan) dan Muhammad Khairul Aziman (dua, kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok hari ini. - Gambar/ Bernama
BACHOK: Dua lelaki bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seekor beruk dengan memukul haiwan itu.
Muhamad Amirul Afiq Sanusi, 24, dan Muhammad Khairul Aziman Shamsudin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Amin Rashidi Ramli.
Muhamad Amirul Afiq didakwa dengan sengaja mendatangkan penganiayaan terhadap seekor beruk jantan dengan cara memukul dan menakut-nakutkannya di tepi sebuah rumah kosong kawasan Kampung Jembal, Jalan Tawang di sini pada 6.30 petang 1 Nov.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Muhammad Khairul Aziman pula didakwa bersubahat dengan Muhamad Amirul Afiq di lokasi, masa serta tarikh serupa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 44(1)(a) akta sama.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Syahmi Yazid mencadangkan jaminan RM10,000 setiap seorang, bagaimanapun peguam Muhammad Habil Zainal Abidin yang mewakili mereka merayu jumlah yang minimum.
Mahkamah membenarkan jaminan dua lelaki itu masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Dis untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
-- BERNAMA