awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/04/2021
13:35 MYT
Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
Akibat kejadian itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan lebam dan terdapat darah beku di bahagian belakang badan. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kejadian dipercayai bermula di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara, kira-kira jam 10 malam.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi suspek yang berusia 43 tahun.
"Semasa berada di kondominium terbabit, suspek yang merupakan majikannya telah bertanya adakah mereka berpuasa ketika hari kejadian. Setelah diberitahu mereka berpuasa, suspek bertindak memarahi dan menampar kepala mangsa.
"Selepas itu, mangsa telah mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, sebelum kedua-dua mereka dipukul menggunakan rotan dan diacukan dengan pistol," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, akibat kejadian itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan lebam dan terdapat darah beku di bahagian belakang badan.
"Mangsa dan rakannya telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
"Sehubungan itu suspek telah ditahan oleh polis bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," ujarnya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Kes Pukul | Dua 'bodyguard' dipukul kerana berpuasa
Topic Berkaitan
#pengawal peribadi
#dipukul
#diacu pistol
#diugut bunuh
#kerana berpuasa
#Ramadan
#Jalan Pinang
#polis
#Dang Wangi
#Mohamad Zainal Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan