KOTA TINGGI: Dua buah bot tunda yang beroperasi secara haram di kedudukan 0.7 batu nautika tenggara Tanjung Langsat ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, pada petang Rabu.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kedua-dua bot tunda tersebut ditahan sekitar pukul 6 petang semalam ketika sedang menunda sebuah kapal tangki di perairan berkenaan.
“Kedua-dua bot tunda terbabit berdaftar dari Batam, Indonesia dan dikendalikan oleh 13 kru warga Indonesia berumur antara 25 hingga 47 tahun, mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Hasil pemeriksaan mendapati nakhoda kedua-dua bot tunda terbabit tidak memaklumkan ketibaan dan tidak mempunyai kebenaran menunda daripada Pengarah Laut Malaysia,
“Kesemua kru berserta dua bot tunda terbabit telah ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,
“Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tegasnya, setiap kapal asing yang ingin memasuki perairan negeri itu perlu melaporkan ketibaan dan mendapatkan kebenaran Pengarah Laut Malaysia sebelum menjalankan sebarang aktiviti bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.
Muhammad Aiman Hakeem
Thu Dec 09 2021
Kedua-dua bot tunda tersebut ditahan sekitar pukul 6 petang semalam ketika sedang menunda sebuah kapal tangki di 0.7 batu nautika tenggara Tanjung Langsat. - Gambar ihsan Maritim Malaysia
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Gaji 25 warga asing tanpa kebenaran, dua bot tunda ditahan
Sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama 20 nelayan warga asing ditahan Maritim Malaysia Perak kerana pelbagai kesalahan.
APMM Labuan tahan bot tunda langgar syarat lesen
Penahanan dilakukan pada jarak 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Papan pada 6.45 petang.
Dua bot tunda ditahan, beroperasi tanpa kebenaran
Kedua-dua bot tunda tersebut ditahan sekitar pukul 6 petang semalam ketika sedang menunda sebuah kapal tangki di perairan berkenaan.