awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua buah bas bergesel, penunggang motosikal maut terperosok ke bawah bas

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
28/02/2018
21:28 MYT
Dua buah bas bergesel, penunggang motosikal maut terperosok ke bawah bas
Seorang penunggang motosikal berketurunan Orang Asli maut akibat diseret bas yang hilang kawalan - Foto JBPM
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bersama isterinya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah bas persiaran dalam kejadian di KM 15 Jalan Batang Kali ke Genting Highlands, pada Rabu.
Mangsa Suri Cheng Hong, 50 tahun, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Mala Anas, 45 tahun cedera parah selepas motosikal mereka terperosok di bawah bas.
Dalam kejadian kira-kira 1.35 tengah hari itu, bas yang membawa 30 penumpang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai memaklumkan bas berkenaan kemudiannya merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggangi pasangan orang Asli berkenaan.
"Akibat rempuhan itu, pasangan Orang Asli itu diseret ke dalam longkang menyebabkan Suri meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya cedera parah," katanya dalam satu kenyataan.
Kedua-dua pemandu bas dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan menjalani ujian saringan air kencing.
Kedua-dua keputusan air kencing adalah negatif.
Pemandu bas yang memandu secara berbahaya, Abdullah bin Talib, bagaimanapun ditahan reman selama empat hari.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
Mangsa yang maut dan cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu dikeluarkan pada 3.44 petang.
Topic Berkaitan
#bas hilang kawalan
#bas persiaran
#Cameron Highlands
#kemalangan
#mangsa maut
#motosikal
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan