awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua buku diambil untuk penelitian, semakan kandungan - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
22/08/2023
08:37 MYT
Dua buku diambil untuk penelitian, semakan kandungan - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata buku tersebut akan dipulangkan jika hasil siasatan KDN mendapati tiada sebarang unsur yang menyalahi undang-undang. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tindakan mengambil dua buku daripada sebuah kedai di Wisma Central, Kuala Lumpur minggu lepas hanya bertujuan untuk penelitian dan semakan kandungan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata ia susulan aduan orang awam yang mendakwa kandungan buku bertajuk 'Marx Sang Pendidik Revolusioner' dan 'Koleksi Puisi Masturbasi' boleh menggugat ketenteraman awam.
"Kami hanya bertindak atas aduan awam. Hanya dua buku diambil yang tujuannya untuk dilakukan penyelidikan, penelitian, semakan kalau isi kandungannya itu bertentangan dengan aspek yang diperuntukkan dalam undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata buku tersebut akan dipulangkan jika hasil siasatan KDN mendapati tiada sebarang unsur yang menyalahi undang-undang.
Jumaat lepas, pemilik kedai buku yang juga penulis Amir Hamzah Akal Ali mendakwa kedai bukunya diserbu oleh pegawai KDN yang telah merampas buku tersebut dan menurutnya kedua-dua buku itu tidak diharamkan di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Buku
#wisma central
#Saifuddin Nasution Ismail
#ketenteraman awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan