MALAYSIA
Dua cedera, enam terselamat nahas Proton X70, Saga BLM di Lebuhraya Utara Selatan
Dua cedera, termasuk seorang parah dalam nahas melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta di Kilometer 310 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Gopeng, malam tadi. - Gambar ihsan JBPM Perak
IPOH: Dua cedera, termasuk seorang parah dalam nahas melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kereta di Kilometer 310 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Gopeng, malam tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, enam lagi mangsa yang berada di dalam kedua-dua kenderaan itu terselamat.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 7.26 malam.
“Kemalangan melibatkan Proton X70 merempuh bahagian belakang Saga BLM menyebabkan Saga BLM terbabas melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, setibanya jentera di tempat kejadian, didapati terdapat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan Saga BLM mengalami kecederaan.
Selain itu, katanya, terdapat juga seorang wanita berusia 28 tahun yang berada di tempat duduk belakang sebelah kiri mengalami kecederaan parah serta tersangkut dan memerlukan bantuan untuk keluar dari dalam kereta tersebut.
Bagaimanapun, ujarnya, pemandu kereta tersebut, seorang wanita berumur 44 tahun dan seorang lagi penumpang belakang yang berumur 23 tahun terselamat.
“Di dalam kereta Proton X70 pula, terdapat empat mangsa, terdiri dari sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka, masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan, kesemuanya selamat,” katanya.
Shazlean berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kereta.
Menurutnya, mangsa yang parah diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir manakala mangsa yang cedera diberikan rawatan kecemasan oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)
“Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS bagi menerima rawatan lanjut,” ujarnya.
Operasi yang membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng tamat jam 8.13 malam.