awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, kereta terbakar nahas di stesen minyak

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
03/04/2025
00:30 MYT
Dua cedera, kereta terbakar nahas di stesen minyak
Keadaan kenderaan jenis Honda City yang terbakar 75 peratus selepas terlibat dalam kemalangan. - Foto JBPM
JOHOR BAHRU: Dua individu cedera apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pantai, Bandar Permas Jaya, pada malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai kanan II M K Haridas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.21 malam.
Katanya, bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang terlibat telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba di lokasi kejadian.
"Pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di lokasi pada jam 8.32 malam dan mendapati benar berlaku kebakaran sebuah kereta jenis Honda City terbakar 75 peratus selepas terlibat dalam kemalangan.
"PKO bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurut Haridas, mangsa, seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun, mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.
"Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) menaiki jentera EMRS bomba.
"Seramai 12 anggota digerakkan ke lokasi bersama dua jentera, termasuk satu FRT dan satu EMRS bagi usaha memadam kebakaran.
"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," jelasnya sambil menambah operasi tamat jam 9.05 malam.
Topic Berkaitan
#Nahas
#kebakaran
#stesen minyak
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan