MALAYSIA

Dua cedera parah bumbung pasar raya runtuh di Jerman

Bernama 07/09/2025 | 06:00 MYT
Dua individu cedera parah dan dua lagi cedera ringan akibat runtuhan bumbung pasar raya di Lauchringen, barat daya Jerman. -Foto Twitter
STUTTGART: Dua individu cedera parah apabila bumbung sebuah pasar raya runtuh sebahagiannya di barat daya Jerman pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).


Ringkasan AI
  • Dua individu cedera parah dan dua lagi cedera ringan akibat runtuhan bumbung pasar raya di Lauchringen, barat daya Jerman.
  • Helikopter penyelamat dikerahkan dan kawasan daftar keluar pasar raya terjejas dalam insiden yang berlaku berhampiran sempadan Switzerland.
  • Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.


Polis berkata bahawa sekurang-kurangnya dua orang lagi mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan 5.45 petang (1545 GMT) di Lauchringen, dekat dengan sempadan Switzerland.

Sebuah helikopter penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengangkut mangsa yang cedera.

Kawasan daftar keluar pasar raya di daerah Waldshut terjejas akibat runtuhan itu, kata jurucakap polis, sambil menambah siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian.

-- BERNAMA


#runtuhan bumbung pasar raya #Lauchringen Jerman #helikopter penyelamat #cedera parah