awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, seorang tertimbus runtuhan konkrit berhampiran LRT Gombak

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/05/2019
21:00 MYT
Dua cedera, seorang tertimbus runtuhan konkrit berhampiran LRT Gombak
Dua daripada mangsa telah dihantar ke hospital, manakala seorang mangsa lelaki dari Indonesia didapati masih terperangkap di bawah runtuhan. - Gambar JBPM
Sebuah bangunan pembinaan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Terminal Gombak, Jalan Taman Melati mengalami runtuhan konkrit pada awal pagi, Khamis.
Kejadian tersebut turut menyebabkan tiga orang mangsa dihempap runtuhan.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur panggilan kecemasan diterima pada 1.13 pagi.
Foto JBPM
Foto JBPM
"Seramai 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan Gombak Selatan yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APAM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Dewan Badan Raya Kuala Lumpur (DBKL) bergegas ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi, bomba mendapati runtuhan konkrit di sebuah bangunan dalam pembinaan dianggarkan berkeluasan 2,500 kaki persegi.
"Terdapat tiga orang mangsa terlibat, dua daripadanya telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital manakala seorang lagi warga Indonesia masih terperangkap," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Foto JBPM
Foto JBPM
Mengulas lanjut, pihak bomba menggunakan khidmat anjing pengesan K9 bagi mengesan sekiranya masih terdapat mangsa tertimbus di bawah runtuhan.
Ketika ini, kerja-kerja mengalihkan runtuhan dan operasi mencari dan menyelamat masih sedang dijalankan.
Sementara itu mangsa yang tertimbus berjaya ditemui dan dibawa keluar sekitar jam 7.16 pagi tadi.
Seorang lagi pekerja buruh binaan yang terperangkap dalam runtuhan konkrit melibatkan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Stesen LRT Putra Terminal Gombak, berjaya ditemui dan dikeluarkan pic.twitter.com/PQuwwLd7Pk
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 22, 2019
Dalam pada itu, pihak pengurusan LRT Laluan Kelana Jaya di laman twitter @MyRapidKL mengesahkan kawasan lokasi runtuhan tidak termasuk di terminal LRT Putra Terminal Gombak.
LRT Kelana Jaya Line Update: Dear customers, we confirm that LRT Putra terminal Gombak was misidentified as the location of a building collapse incident at 1.13am today. Currently, all our services are operating normally. Please follow us on @MyRapidKL for updates. Thank you.
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) May 23, 2019
Jelas laman itu lagi, pada masa ini, semua perkhidmatan LRT beroperasi seperti biasa.
Topic Berkaitan
#DBKL
#GERAKAN
#Indonesia
#KKM
#LRT
#LRT runtuh
#MERS
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan