[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

Dua dikhuatiri hilang semasa memancing di Lenggong

Bernama 18/11/2017 | 23:00 MYT
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan gerakan mencari dan mengesan mangsa di permukaan, bersama-sama penduduk kampung berikutan arus air sungai Kampung Kelantan yang deras. - Gambar hiasan
Dua pemancing dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai karam di sungai Kampung Kelantan dekat sini, pada Sabtu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Mohd Annuar Mohd Saff berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 7.43 malam, sebelum bergegas ke lokasi.
Beliau berkata pihak polis memaklumkan kedua-dua lelaki kaki pancing itu menyewa sebuah bot untuk memancing di sungai berkenaan.
"Pengusaha bot dimaklumkan oleh penduduk kampung pada tengah hari tadi menyatakan bot miliknya dalam keadaan separuh karam.
"Pengusaha bot telah membuat pencarian namun tidak menjumpai kedua-dua lelaki berkenaan, manakala kenderaan milik mangsa masih di tempat pengusaha bot itu," katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Annuar berkata pihaknya sedang menjalankan gerakan mencari dan mengesan mangsa di permukaan, bersama-sama penduduk kampung berikutan arus air sungai Kampung Kelantan ketika ini deras.
-- BERNAMA
#bomba #bot #hilang #Kampung Kelantan #karam #Lenggong #mangsa #Mohd Annuar Mohd Saff #pemancing #Sungai