awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/04/2021
03:28 MYT
Dua ditahan memandu dalam keadaan mabuk
ACP Noorzainy Mohd Noor memaklumkan kedua-dua mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Tindakan dua lelaki memandu dalam mabuk membawa padah apabila kedua-duanya ditahan polis Pulau Pinang dalam Op Mabuk hari ini.
Kedua-dua lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dan Toyota Vios berusia 35 dan 37 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Jalan Chain Ferry, Butterworth yang berakhir jam 6 pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor memaklumkan kedua-dua mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.
''Ujian saringan awal dengan alat SD2+ mendapati kedua-dua mereka positif sebelum dibawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah SPU untuk ujian pernafasan dengan alat EBA-II.
"Hasil ujian itu turut mendapati mereka positif melebihi had ditetapkan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#mabuk
#memandu
#polis
#pulau pinang
#Noorzainy Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan