awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu dicari bantu siasatan kes bunuh di medan selera Lukut

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2023
08:00 MYT
Dua individu dicari bantu siasatan kes bunuh di medan selera Lukut
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian pada 1 Mac lepas. Gambar kecil dari kiri: Sin Poo Kiong, Leong Kar Yan
PORT DICKSON: Polis sedang mengesan dua individu yang merupakan saksi utama kes seorang lelaki yang maut selepas disyaki ditikam dengan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Cina, Pekan Lukut, di sini pada 1 Mac lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, dua individu itu merupakan seorang lelaki bernama Sin Poo Kiong, 40 tahun dan seorang wanita, Leong Kar Yan berusia 34 tahun.
"Masing-masing beralamat terakhir di Bandar Baru Permas Jaya, Masai Johor dan Taman Johor Jaya, Johor Baharu.
"Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kita sedang mengesan dua orang saksi utama ini yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan siasatan kes ini yang disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, pihak polis memohon jasa baik orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi utama kejadian ini untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
"Mereka juga boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Muhammad Azril Ahmad Rapiee di nombor 012-7791224," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#Sin Poo Kiong
#Medan Selera Cina
#Leong Kar Yan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan