awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu dipercayai hanyut di Jambatan Loke Yew

Bernama
Bernama
11/08/2015
16:25 MYT
Dua individu dipercayai hanyut di Jambatan Loke Yew
Identiti dan jantina kedua-dua mangsa belum diketahui setakat malam tadi. - Gambar Hiasan
Dua orang dipercayai dihanyutkan arus deras apabila terperangkap di bawah jambatan Loke Yew di Taman Shamelin, Cheras, di sini petang Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata identiti dan jantina kedua-dua mangsa belum diketahui setakat ini.
Operasi menyelamat mangsa dilaporkan hanyut dalam kejadian 5.37 petang itu, dijalankan sehingga ke Flat Sri Johor dan operasi itu yang dihentikan malam ini, akan disambung semula pada Rabu.
Difahamkan kedua-dua mangsa berteduh di bawah jambatan berkenaan berikutan hujan lebat.
Di Puncak Alam, Selangor pula, hujan selama dua jam kira-kira 5 petang tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sana, dilanda banjir kilat.
Sementara itu, sebanyak 20 murid dan lima guru dari sebuah tadika di Bandar Puncak Alam terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas premis mereka ditenggelami air berikutan hujan lebat petang Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kesemua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di surau berdekatan setelah tadika terbabit ditenggelami air sedalam satu meter.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 petang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Sani berkata selain tadika berkenaan, beberapa rumah di kawasan sekitar turut dinaiki air dan penghuni rumah telah dinasihatkan berpindah.
Katanya banjir turut dilaporkan di Jalan Pandan 1/11, Pandan Indah, Cheras dan Jalan Cempaka 12, Taman Cempaka, Ampang.
Beliau berkata kes pokok tumbang juga dilaporkan di beberapa tempat antaranya Jalan 4/2, Seksyen 4, Bangi dan Jalan Kenari 12, Bandar Puchong Jaya.
Topic Berkaitan
#bomba
#lemas
#Loke Yew
#Shamelin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan