KEPALA BATAS:Seorang lelaki dan seorang wanita yang berhasrat membuat pinjaman wang daripada sebuah syarikat, mengalami kerugian RM29,040 selepas ditipu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita berusia 29 tahun tahun dan lelaki 57 tahun itu mula terjerat dalam penipuan berkenaan selepas tertarik dengan iklan di laman sosial Facebook kerana mahu menambah modal perniagaan.
Beliau berkata ia bermula apabila wanita yang berasal dari Telok Ayer Tawar serta lelaki dari Butterworth itu meninggalkan maklumat peribadi kepada pengendali satu akaun Facebook selepas mempercayai kononnya iklan yang ditampilkan adalah daripada sebuah bank.
Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata kedua-dua mereka diminta membayar sejumlah wang oleh lelaki yang mengaku ejen syarikat, kononnya sebagai upah proses dan mengaktifkan akaun kerana mahu membuat pinjaman, dan wanita itu membuat pembayaran sebanyak RM15,400 ke tiga akaun, manakala lelaki berkenaan membayar RM13,640.
Katanya mereka hanya menyedari ditipu selepas lelaki mengaku ejen syarikat itu berterusan meminta tambahan wang, namun pinjaman masih belum dapat diluluskan lagi, dan akhirnya kedua-dua mereka membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

ACP Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara. - Gambar fail

Dua 'bodyguard' dipukul, diacu pistol, diugut bunuh kerana berpuasa
Hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka di sini, pada Selasa.

Agenda AWANI: Manfaat wakaf tunai dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Penjawat awam digalak terbabit dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji berkala dan sukarela, apakah manfaatnya? Diskusi Nazri Kahar bersama Presiden CUEPACS, Adnan Mat didalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Waspada ancaman gelombang ke-4 COVID-19
Trend nilai kebolehjangkitan COVID-19 catat angka tertinggi buat 3 hari berturut-turut dengan angka positif meningkat menyebabkan ramai yang bimbang tentang wujudnya gelombang ke-4 COVID-19 dalam negara.
![AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899786/24021815641618405470200_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [14/04/2021] - PKP tujuh jajahan Kelantan | Bekalan vaksin masih rendah | Polis dalam radar
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Perayaan | Sambutan Tahun Baru Tamil di Perak
Pada setiap tahun, tarikh 14 April merupakan hari pertama dalam Kalendar Tamil. Perayaan Tahun Baru Tamil atau Citthirai Puthandu dianggap suci dan diraikan meriah oleh masyarakat tamil di seluruh dunia. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai perayaan ini, wakil Astro AWANI Perak, Amirrul Rabbani Rashid ada butirannya.

COVID-19 | 17 kes positif dijangkiti varian South African
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti sejumlah 17 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan yang telah dijangkiti dengan varian South African B1351 di Malaysia. KKM menerusi kenyataan media memaklumkan, setakat ini, analisis filogenetik serta hubung kait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

Bayi perempuan ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemukan ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini malam tadi.

Laporan Khas | Pentingkan diri, susila masyarakat makin mati
Bukan mahu tapi kerana terpaksa, sehingga sanggup merisikokan anak sendiri dengan menolak kereta sorong bayi atau stroller melalui eskalator di pusat beli belah. Lif ada tetapi dipenuhi manusia yang sakit susilanya dan hanya pentingkan diri sendiri biarpun sihat tubuh badan tetapi tetap berpusu-pusu mahu menggunakan lif. Laporannya bersama wartawan Astro AWANI Hilmi Malik.

De Fam jarang keluar lagu, ini penjelasan Azira Shafinaz
De Fam sedang mengambil masa untuk melakukan yang terbaik dalam lagu seterusnya.

AWANIxGEMPAK | Ada sebab De Fam jarang keluar lagu - Azira
Biarpun sibuk dengan kerjaya solo masing-masing, kumpulan De Fam tidak melupakan fokus mereka. Salah seorang anggota kumpulan itu, Azira Shafinaz memaklumkan dia dan dua lagi anggota De Fam tidak kisah mengambil masa untuk memastikan yang terbaik dalam lagu seterusnya.

Dua individu rugi RM29,040 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud
Mereka hanya menyedari ditipu selepas lelaki mengaku ejen syarikat itu berterusan meminta tambahan wang, namun pinjaman masih belum dapat diluluskan lagi.