awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juta belia bakal terima kredit e-tunai RM150 menerusi e-Pemula

Bernama
Bernama
31/03/2022
12:26 MYT
Dua juta belia bakal terima kredit e-tunai RM150 menerusi e-Pemula
Belia yang layak bakal menerima manfaat itu melalui aplikasi e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sekitar dua juta belia bakal menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang menerusi inisiatif e-Pemula yang akan bermula pertengahan April ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan belia yang layak bakal menerima manfaat itu melalui aplikasi e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.
"Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta," menurut kenyataan itu.
Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang belum berdaftar untuk menerima bayaran secara elektronik atau tanpa tunai disaran berbuat demikian dengan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat bagi mendapatkan manfaat daripada pelaksanaan inisiatif itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#e-Pemula
#RM150
#e-dompet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan