[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Dua juta topeng muka tiba di Sarawak, tumpuan agihan kepada zon merah

Syafik Shukri Jalil 09/04/2020 | 06:09 MYT
Bagaimanapun pengagihan topeng muka itu akan memfokuskan kepada mereka yang menetap di kawasan Zon Merah. FOTO: BERNAMA
Dua juta topeng muka yang ditempah dari China sudah tiba di Kuching dan sedia untuk diagihkan kepada warga Bumi Kenyalang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagaimanapun pengagihan topeng muka itu akan memfokuskan kepada mereka yang menetap di kawasan zon merah.
“Topeng muka berkenaan akan diagihkan secara percuma kepada 520,647 Ketua Isi Rumah (KIR) di semua bahagian dan daerah dengan keutamaan kepada zon merah,” jelasnya Abang Johari.
BACA: Sarawak perhebat kawalan sempadan termasuk laluan tikus di Long Singut
Sementara itu beliau mengulangi pendirian kerajaan negeri dalam memberikan kebenaran pulang kepada semua mahasiswa yang menuntut di luar Sarawak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Jika PKP ini dilanjutkan, para mahasiswa dibenarkan untuk pulang sendiri ke Sarawak tetapi perlu jalani kuarantin selama 14 hari,” tambahnya.
#COVID-19 #Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri #perintah kawalan pergerakan #Sarawak #topeng muka #zon merah