awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kakitangan Prasarana didakwa kes rasuah babit RM60,000

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2023
11:50 MYT
Dua kakitangan Prasarana didakwa kes rasuah babit RM60,000
Kedua-dua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan kes rasuah. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Dua kakitangan Prasarana (M) Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan RM60,000 bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan tender kerja-kerja Rapid Rail Sdn Bhd.
Ketua Unit, Mohd Taufik @ Azali Mohd Nor, 45, dan Ketua Perolehan, Yasdi Mat Yasin, 48, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama meminta dan menerima suapan itu daripada seorang pengarah syarikat untuk membantu mendapatkan kerja-kerja daripada Rapid Rail Sdn Bhd. iaitu ‘To Perform Major Maintenance for Automatic Train Wash Plant No 1 at Subang Depot, Kelana Jaya Line’ dan ‘To Perform Major Maintenance for Automatic Train Wash Plant No 2 at Subang Depot, Kelana Jaya Line’.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ikhwan Zaudii Nordin manakala pembelaan oleh peguam, Norizan Yaacub dan Muhamad Aizat Fakri bagi masing-masing Mohd Taufik serta Yasdi.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat, sekali setiap bulan.
Serahan dokumen ditetapkan pada 11 Oktober depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#prasarana
#Rasuah
#rapid rail
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan