MALAYSIA
Dua kali terperdaya sindiket penipuan pelaburan, peniaga rugi lebih RM2.2 juta
Mangsa pernah menerima pulangan awal yang meyakinkan, namun kemudian diminta membuat bayaran tambahan dan cukai pengeluaran. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM2.2 juta selepas terperdaya dengan dua skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman Facebook pada Februari dan Mei lepas.
Ringkasan AI
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata dalam kes terbaharu, lelaki berusia 45 tahun itu telah berhubung dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp sebelum melakukan 18 transaksi berjumlah RM1.86 juta ke enam akaun bank antara 14 Mei hingga 15 Julai 2025.
"Mangsa pernah menerima pulangan lebih RM20,000 dan membuatkannya yakin untuk terus melabur. Namun pada Selasa lepas, lelaki itu diminta membuat bayaran tambahan RM88,000 untuk proses pengeluaran cepat.
"Bagaimanapun mangsa enggan dan semakan di portal Semak Mule menunjukkan akaun bank terlibat mempunyai rekod jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa sebelum ini juga terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang mengakibatkannya kerugian RM440,000 setelah membuat 13 transaksi antara 23 Feb hingga 21 Mei 2025.
"Dalam kes ini, tiada sebarang pulangan diterima, malah mangsa diminta membayar "cukai" sebanyak 20 peratus untuk pengeluaran, namun mangsa enggan dan mengesyaki telah ditipu.
"Justeru, jumlah keseluruhan kerugian oleh peniaga itu lebih RM2.2 juta dengan wang pelaburan diperoleh daripada simpanan sendiri dan pinjaman rakan-rakan," katanya.
Beliau berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang peniaga kerugian lebih RM2.2 juta selepas terpedaya dengan dua skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook, melibatkan 31 transaksi ke beberapa akaun bank antara Februari hingga Julai 2025.
- Mangsa pernah menerima pulangan awal yang meyakinkan, namun kemudian diminta membuat bayaran tambahan dan cukai pengeluaran, sebelum menyedari akaun terlibat mempunyai rekod jenayah dan tiada pulangan diterima dalam kes kedua.
- Wang pelaburan diperoleh daripada simpanan dan pinjaman rakan-rakan, dan laporan polis telah dibuat di IPD Maran dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.