awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak antara empat rentung di Debak

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
27/09/2020
00:43 MYT
Dua kanak-kanak antara empat rentung di Debak
Kedai yang merupakan struktur tidak kekal bersaiz 10x15 kaki persegi itu musnah sepenuhnya. Foto ihsan JBPM Sarawak
BETONG:Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung dalam insiden kebakaran di sebuah kedai runcit di Kampung Melayu Dit, Debak, dekat sini awal pagi ini.
Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, John Sagun memaklumkan, kesemua mangsa ditemui mati ketika kerja-kerja pemadaman sisa kebakaran dilakukan.
Berdasarkan maklumat awal, katanya ketika dihubungi, mangsa yang kesemuanya perempuan dikenal pasti sebagai Sirin Yusuf, 60 tahun, Rosni Sari, 23 tahun, Dayang Ina Eset, 10 tahun, dan Dayang Ina Arrohan, 6 tahun.
Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.47 pagi dan menggerakkan sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong.
Katanya, setiba di lokasi, Komander Operasi Vincent Baling melaporkan, kedai yang merupakan struktur tidak kekal bersaiz 10x15 kaki persegi itu telah musnah sepenuhnya.
Foto JBPM Sarawak
Foto JBPM Sarawak
Kesemua mayat mangsa, kata Sagun, telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik, tambahnya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Kanak-kanak
#bomba
#mayat
#polis
#mangsa
#mati
#siasatan
#operasi
#John Sagun
#JBPM Sarawak
#kedai runcit
#Debak
#Betong
#Kampung Melayu Dit
#struktur tidak kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan