awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak bukan ditinggal, tapi keluar rumah sendiri ketika ayah tidur

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2025
23:30 MYT
Dua kanak-kanak bukan ditinggal, tapi keluar rumah sendiri ketika ayah tidur
ACP Mohamad Hatta menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memastikan pintu rumah dikunci serta anak-anak kecil tidak ditinggalkan tanpa pengawasan. - Foto Sinar Harian
Dua kanak-kanak perempuan yang ditemui orang awam di tepi jalan di Seksyen 2, Garden Avenue di sini semalam, bukannya sengaja ditinggalkan sebaliknya dipercayai keluar rumah sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan mendapati dua beradik tersebut yang merupakan warganegara Myanmar keluar rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibunya pergi bekerja.
"Polis yang menerima maklumat segera ke tempat kejadian dan telah membawa dua kanak-kanak terbabit ke Balai Polis Seremban 2 untuk tujuan perlindungan dan pengesahan identiti.
"Hasil pemeriksaan fizikal terhadap kanak-kanak itu mendapati tiada terdapat sebarang kecederaan atau pun sebarang tanda mencurigakan," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut telah pun diserahkan semula kepada ibu bapa mereka.
Justeru itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memastikan pintu rumah dikunci serta anak-anak kecil tidak ditinggalkan tanpa pengawasan.
"Polis turut berterima kasih kepada orang awam yang prihatin dan pantas melaporkan insiden tersebut.
"Orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes telah selesai," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Seremban
#tinggal tepi jalan
#video tular
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan