Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Dua kanak-kanak maut dirempuh kereta ketika berbasikal

Adie Sufian Zulkefli 22/11/2025 | 06:33 MYT
Mangsa berusia 10 dan 11 tahun mengalami kecederaan parah di kepala selepas dilanggar kereta dari belakang. - Foto ihsan PDRM
YAN: Dua kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah di sini pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Dua kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah pada Sabtu.
  • Mangsa berusia 10 dan 11 tahun mengalami kecederaan parah di kepala selepas dilanggar kereta dari belakang.
  • Ketua Polis Daerah Yan mengesahkan kejadian dan menyatakan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kemalangan jam 9.15 pagi itu menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut seorang penduduk Ibrahim Ahmad, 54, ketika kejadian, mangsa berusia 10 dan 11 tahun itu menaiki sebuah basikal di mana salah seorang berdiri di bahagian belakang sebelum dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pada jam lebih kurang 9.25 pagi, polis menerima makluman awal dari orang awam membabitkan kes kemalangan di Jalan Sedaka Tengah membabitkan sebuah kenderaan dan basikal.

"Dua kanak-kanak maut di lokasi kejadian namun perkembangan kes akan dimaklum semula," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.






#kanak-kanak maut #dirempuh kereta #Yan #berbasikal